Hiburan

“Malam ni Kieda rasa disayangi” – Pemilik Kieda Crepe terharu walaupun netizen hanya bergurau guna namanya

Pemilik Kieda Crepe meluahkan rasa sebak dan terharu apabila namanya kembali menjadi perhatian netizen menerusi satu hantaran tular di Threads, walaupun sekadar gurauan.

Menerusi perkongsian tersebut, Kieda berkata walaupun kebanyakan komen bersifat gurauan, dia tetap merasakan dirinya disayangi kerana masih diingati ramai.

Kieda turut berkata dia tidak mempunyai ramai kawan selain suaminya yang menjadi tempat dia berkongsi cerita, bergurau dan mendapatkan nasihat selama ini.

Dalam masa sama, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana masih diingati, serta menganggap ia sebagai motivasi untuk terus memperbaiki diri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker