Malaysia
Asap tebal selubungi Gebeng, kebakaran besar fasiliti sisa cetus kebimbangan penduduk

Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di sebuah fasiliti pengurusan sisa di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, pada Jumaat, menyebabkan kepulan asap hitam tebal menjulang tinggi ke udara.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan kecemasan dan operasi pemadaman dijalankan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.
Menurut pihak bomba, usaha pemadaman dan kawalan asap sedang dijalankan secara berterusan bagi memastikan api dipadam sepenuhnya serta mengelakkan kebakaran berulang.
Setakat ini, tiada kemalangan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.




