Hiburan

Duit kemenangan milik Anggrek sepenuhnya – Adira

Penyanyi Adira Suhaimi menegaskan wang kemenangan yang diraih anaknya, Anggrek, selepas menjuarai program realiti Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) adalah hak milik anaknya itu sepenuhnya.

Adira, atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 35, berkata perkara itu selepas berakhirnya konsert akhir TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa perbincangan lanjut akan dibuat bersama Anggrek mengenai penggunaan wang kemenangan tersebut.

Dalam masa sama, Adira mengakui tidak pernah menyangka anaknya memiliki bakat luar biasa sehingga mampu mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pertandingan. Katanya, kebolehan Anggrek menyanyikan pelbagai genre lagu sambil menari dan menghafal lirik membuatkan beliau kagum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker