Malaysia

Baru kenal seminggu, pasangan dicekup berkhalwat dalam tandas surau di Kilang Lama

Sepasang remaja dicekup berkhalwat di dalam tandas sebuah surau di Kampung Kilang Lama, kira-kira jam 1.30 pagi pada awal pagi tadi.

Remaja perempuan berusia 15 tahun dan lelaki berusia 18 tahun itu ditahan selepas dipercayai berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua mereka baru seminggu berkenalan ketika bekerja di gerai nasi lemak yang sama. Remaja perempuan itu sudah tidak bersekolah dan berasal dari Changlun, serta tinggal bersama ibu saudaranya. Manakala lelaki terbabit berasal dari Sungai Kob, Karangan dan bekerja sebagai peniaga nasi lemak.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung sekitar jam 1.30 pagi sebelum melakukan pemeriksaan di lokasi.

Hasil pemeriksaan mendapati pasangan terbabit berada dalam tandas surau dalam keadaan berpakaian tidak lengkap dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker