Malaysia

Malaysia kini antara 12 negara paling selamat di dunia – Saifuddin

Malaysia kini berada dalam kelompok 12 negara paling selamat di dunia selepas menduduki tangga ke-12 daripada 163 negara dalam Global Peace Index (GPI) 2026, meningkat satu anak tangga berbanding kedudukan ke-13 pada tahun lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pencapaian itu turut meletakkan Malaysia sebagai antara negara paling selamat di Asia bersama Singapura dan Jepun.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan negara, termasuk pasukan keselamatan, agensi penguat kuasa serta rakyat Malaysia.

Saifuddin berkata, kerajaan akan terus memperkukuh usaha meningkatkan tahap keselamatan negara agar Malaysia kekal sebagai destinasi yang selamat untuk didiami, dilawati dan dilaburkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker