Dunia

Trump mahu kapal perang Korea Selatan, tapi undang-undang AS jadi halangan

Presiden AS, Donald Trump mahu melibatkan syarikat pembuat kapal Korea Selatan dalam usaha memperkukuh Tentera Laut AS, namun rancangan itu berdepan halangan undang-undang negara tersebut.

Pada 15 Julai di Pennsylvania Defense and Innovation Summit, Trump berkata AS perlu mempercepat pembangunan armada dan terbuka menggunakan kapal buatan negara sekutu seperti Korea Selatan.

Syarikat seperti Hanwha Ocean dan HD Hyundai Heavy Industries sudah mula bekerjasama dengan AS, termasuk kontrak AS$2 bilion oleh Hanwha Philly Shipyard untuk membina kapal pengesan peluru berpandu.

Namun, undang-undang AS masih melarang kapal perang utama dibina di limbungan asing. Kerjasama dijangka lebih tertumpu kepada penyelenggaraan, pelaburan dan pembinaan komponen tertentu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker