
Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya diselamatkan selepas tersasar dan hanyut di Laut China Selatan ketika menjalani latihan payung terjun terjun bebas pada Rabu, 13 Ogos.
Menurut TLDM, perubahan cuaca secara tiba-tiba menyebabkan jarak penglihatan terjejas, sekali gus menyebabkan keenam-enam anggota itu tersasar daripada lokasi pendaratan yang ditetapkan.
Kesemua anggota kemudian ditemukan dan dibawa pulang dengan selamat oleh kapal TLDM yang berada di kawasan berkenaan.
TLDM berkata kejadian itu membuktikan kepentingan latihan PASKAL yang berterusan dan realistik, termasuk dalam menghadapi situasi tidak dijangka.




