Malaysia

Isu kaitan istana dan politik, Aminuddin gesa tindakan tegas

Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa tindakan segera diambil terhadap pihak yang mengaitkan Institusi Diraja Negeri Sembilan dengan parti politik.

Beliau berkata isu melibatkan institusi diraja, agama dan kaum tidak boleh dipermainkan, terutama ketika kempen PRN Negeri Sembilan berlangsung.

Kenyataan itu susulan tular video yang mendakwa Istana Negeri Sembilan dipengaruhi sebuah parti politik. Aminuddin menegaskan rakyat mahu melihat tawaran dan dasar, bukan isu yang boleh mencetuskan perpecahan.

Terdahulu, Istana Negeri Sembilan menafikan kaitan dengan mana-mana parti dan mengingatkan calon supaya tidak mengheret institusi diraja dalam kempen PRN pada 1 Ogos.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker