Malaysia

Kanak-kanak autisme lemas selepas dihanyutkan ombak di Pantai Kuala Kerteh

Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan ombak ketika bermain di pesisir Pantai Kuala Kerteh, Kerteh pada petang 6 Ogos.

Mangsa, Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, ditemukan orang awam yang membantu operasi mencari pada jam 5.43 petang, ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir dia dilihat bermain pasir di tepi pantai.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Mokhtar Dollah berkata, sembilan anggota bomba dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi mencari menggunakan teknik pencarian di permukaan air sebelum mangsa ditemukan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker