Hiburan
Cik Man meninggal dunia, industri hiburan kehilangan pelawak veteran

Pelakon dan pelawak veteran, Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man, dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 petang di Hospital Tanah Merah, Kelantan, semalam.
Berita pemergian itu disahkan oleh anak keduanya, Fakhrol Aliff, yang memaklumkan bapanya meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital.
Sebelum itu, Allahyarham dilaporkan mengalami masalah saluran jantung tersumbat dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut Fakhrol, bapanya sebelum ini tidak mengalami masalah kesihatan serius selain pernah mengalami serangan jantung kira-kira dua tahun lalu.




