Malaysia

Kerajaan sedia isytihar darurat jika API melebihi 400

Kerajaan bersedia mengisytiharkan darurat di kawasan terjejas sekiranya Indeks Pencemaran Udara (API) melebihi 400.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, langkah itu bertujuan melindungi kesihatan orang ramai. Ketika darurat, sekolah akan ditutup dan pemakaian pelitup muka diwajibkan.

Beliau berkata demikian selepas API di Serian, Sarawak melebihi 500 sehingga darurat diisytiharkan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, operasi pembenihan awan untuk menghasilkan hujan di Sarawak, Kedah dan Perlis dilaporkan memberikan hasil yang baik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker