Malaysia

Juruterbang kedua ditahan, dipercayai urus aliran wang sindiket dadah

Seorang lagi juruterbang tempatan ditahan polis di Lembah Klang, dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah yang dikaitkan dengan juruterbang Malaysia Airlines yang ditahan di Jakarta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 7 September.

Suspek dipercayai berperanan mengurus dan memindahkan wang hasil jualan dadah antara sindiket dengan juruterbang terbabit.

Menurut laporan, suspek yang bekerja dengan syarikat penerbangan berbeza itu didapati negatif ujian dadah. Penahanan terbaharu itu menjadikan keseluruhan tujuh individu ditahan di Malaysia berkaitan kes berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker