Malaysia

Balai polis bergerak ditempatkan dekat kediaman Najib mulai esok

Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, mulai esok.

Ketua Polis Daerah Sentul, Anuar Bakri Salam berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan keselamatan sekiranya berlaku pemindahan Najib dari penjara ke kediamannya.

Menurut beliau, penempatan balai polis bergerak itu bukan untuk menyediakan kawalan keselamatan selama 24 jam di kediaman berkenaan.

Sebaliknya, ia bagi mengawal keselamatan ketika kepulangan Najib, termasuk mengurus kehadiran media tempatan dan asing, jiran serta penyokong, selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker