Malaysia
Pintu masjid di Tumpat dipecah, karpet disimbah cecair busuk

Pintu kaca Masjid Al-Aziz Al-Hadi di Kota SPP Warisan, Tumpat, Kelantan dipecah masuk dalam kejadian pada pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Khairi Shafie, berkata selain pintu masjid dirosakkan, cecair berwarna hijau kecoklatan dan berbau busuk turut disimbah pada karpet di ruang solat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.
Polis kini sedang mengesan suspek berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan 427 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tempat ibadat serta menyebabkan kerosakan harta benda.



