Malaysia

Bayi 28 hari maut, nenek didakwa beri telur mentah ketika demam

Bayi perempuan berusia 28 hari, Alena, meninggal dunia di Hospital Dr Soetomo, Surabaya, Jawa Timur pada Ahad selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sejak Jumaat.

Menurut laporan, nenek sebelah bapanya didakwa menyuapkan telur mentah kepada Alena dengan tujuan menurunkan suhu badannya ketika bayi itu mengalami demam. Keadaan Alena kemudian dilaporkan semakin merosot sehingga memerlukan rawatan intensif.

Pegawai Perhubungan Awam hospital, Adin Niken mengesahkan Alena meninggal dunia pada jam 7.10 pagi waktu tempatan. Pihak hospital memaklumkan rawatan sewajarnya telah diberikan, namun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan bayi itu atas faktor kerahsiaan pesakit.

Sementara itu, doktor mengingatkan bahawa bayi baru lahir hanya perlu diberikan susu ibu atau susu formula yang sesuai, kecuali atas arahan perubatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker