Malaysia
Suspek tetak anggota polis direman empat hari

Seorang lelaki berusia 30 tahun direman empat hari selepas disyaki mencederakan seorang anggota polis menggunakan parang dalam operasi membanteras dadah di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perintah reman hingga 21 Oktober itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Jeli mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Suspek dipercayai penagih dadah.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 petang itu, koperal polis berusia 37 tahun cedera parah dan patah tangan kiri selepas diserang ketika serbuan susulan maklumat kegiatan dadah.
Anggota berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Tanah Merah untuk pemerhatian.




