HiburanMalaysia

Anwar puji Siti, tekankan pentingnya seni warisan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara yang disifatkan berjaya mengangkat seni dan budaya warisan.

Anwar yang hadir menyaksikan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, tetap berada di tempat duduk walaupun hujan bagi menikmati persembahan Biduanita Negara itu.

Beliau berkata, seni dan budaya dekat dengan hati rakyat dan warisan berkenaan perlu terus dihidupkan supaya dapat dinikmati generasi muda.

Sementara itu, Siti menghargai sokongan Anwar terhadap industri seni tempatan dan berkata konsert itu bertujuan memperkenalkan keindahan budaya Melayu, Cina, India serta seni tradisional Nusantara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker