Malaysia

“Suami curang, isteri pon kena ‘reflect diri'” – Kenyataan Prof Muhaya cetus perdebatan

Kenyataan Prof Muhaya yang menyebut isteri juga perlu “reflect diri” sekiranya suami berlaku curang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ramai berpendapat perbuatan curang adalah pilihan individu dan tidak wajar dipertanggungjawabkan kepada pasangan.

Antara komen yang tular menyatakan, “suami curang, kenapa isteri pula kena reflect diri?”, Selain itu, ada juga yang berpendapat muhasabah diri adalah sesuatu yang baik, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk meletakkan kesalahan terhadap isteri atas tindakan suami.

Perkongsian mengenai kenyataan itu terus menjadi perdebatan di media sosial apabila netizen tampil berkongsi pandangan masing-masing mengenai isu tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker