Malaysia
Banjir di Muar bertambah buruk, 125 mangsa dipindahkan ke dua PPS

Situasi banjir di Johor terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 33 keluarga, berbanding 14 orang daripada enam keluarga yang direkodkan sebelum ini.
Susulan pertambahan mangsa, sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Muar, menjadikan keseluruhan dua PPS kini beroperasi bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, kedua-dua PPS itu menempatkan mangsa dari beberapa kawasan rendah yang dinaiki air selepas hujan berterusan melanda daerah berkenaan.
Pihak berkuasa turut memantau keadaan semasa dan bersiap siaga sekiranya paras air terus meningkat.



