Malaysia

Lebih 300 pelajar perempuan jadi mangsa gambar bogel AI

Lebih 300 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan, dipercayai menjadi mangsa gambar bogel palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Kes dikesan pada 12 Ogos lalu selepas sebuah telefon pintar ditemukan mengandungi gambar wajah pelajar perempuan yang disunting sehingga kelihatan tidak berpakaian. Gambar berkenaan turut didakwa dijual menerusi aplikasi Telegram.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata polis menerima lima laporan daripada ibu bapa dan penjaga antara 20 hingga 23 Ogos lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker