Makin ramai buat bayaran guna e-dompet, transaksi cecah RM21.5 bilion

Semakin ramai rakyat Malaysia memilih gaya hidup digital dengan menggunakan e-dompet, apabila nilai transaksinya melonjak 70.2% pada Mei 2025 kepada RM21.5 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini mengesahkan e-wallet kini menjadi pilihan utama pembayaran dalam kalangan pengguna.
Selain itu, transaksi perbankan dalam talian (FPX) juga meningkat 21.1% kepada RM39.2 bilion, manakala pembayaran menggunakan kad debit naik 8% kepada RM14.1 bilion.
Perkembangan ini selari dengan perubahan corak perbelanjaan rakyat serta kemajuan digitalisasi, sekali gus memacu pertumbuhan sektor runcit yang mencatat jualan keseluruhan RM154.3 bilion pada Mei lalu.
Trend pembayaran digital ini menjadi petanda penting penerimaan meluas transaksi tanpa tunai dalam usaha memperkukuh agenda ekonomi digital negara.




