Malaysia

KPWKM sedia beri kaunseling kepada mangsa gambar suntingan AI

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyediakan khidmat kaunseling kepada lebih 300 pelajar perempuan di Seremban, Negeri Sembilan yang menjadi mangsa penyebaran gambar bogel hasil suntingan kecerdasan buatan (AI).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan turut disediakan kepada keluarga mangsa menerusi agensi di bawah kementerian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Pink CaRe di George Town, Pulau Pinang, pada Rabu, 21 Oktober.

Kes itu dilaporkan membabitkan penyebaran gambar dalam kalangan pelajar, termasuk dakwaan penjualan menerusi aplikasi Telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker