Malaysia

Guru cedera cuba rampas objek tajam daripada pelajar

Seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak, cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia 16 tahun tanpa kebenaran pada Rabu, 21 Oktober.

Menurut makluman pihak sekolah, kejadian berlaku di kawasan TK4 pada pagi Rabu.

Guru berkenaan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan, manakala pelajar terbabit dibawa ke pejabat pengetua dan diletakkan di bawah pengawasan.

Polis yang tiba di sekolah mengambil alih siasatan dan ibu bapa pelajar berkenaan turut dihubungi.

Pemeriksaan beg pelajar itu juga menemukan satu barangan yang memerlukan pemeriksaan lanjut. Tiada kecederaan lain dilaporkan setakat ini.

Atas nasihat polis, pihak sekolah mengarahkan penutupan sekolah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker