Malaysia

Remaja 16 tahun siar serangan terhadap guru secara langsung

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa menyiarkan serangan terhadap seorang guru wanita secara langsung di Facebook di Tunku Putra-HELP International School, Kuching, Sarawak, pada 21 Oktober.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Saifullizan Ishak, berkata video berdurasi 12 minit itu telah diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam kejadian kira-kira jam 8.03 pagi, mangsa cedera pada tangan selepas diserang menggunakan kapak. Guru berkenaan dilaporkan stabil dan sedang pulih.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957. Remaja itu ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker