Malaysia

Empat individu cedera, BMW bertembung lori tangki minyak di Jambatan Pulau Pinang

Empat individu cedera selepas sebuah BMW bertembung dengan lori tangki minyak di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang arah pulau awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.13 tengah malam, menyebabkan semua mangsa dalam BMW dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba.

Seorang mangsa dikenal pasti lelaki berusia 44 tahun, manakala identiti tiga lagi belum diketahui.

Pemandu lori tangki berusia 53 tahun tidak cedera, manakala 12 anggota bomba dikerahkan membersihkan serpihan dan memastikan kawasan selamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker