Malaysia

Bantuan RM1000, pengusaha bas sekolah diminta kemas kini maklumat pemandu

Pemilik dan pengusaha bas sekolah diminta mengemas kini maklumat pemandu bagi melancarkan penyaluran Bantuan Khas Kewangan RM1,000. m

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menetapkan 30 Oktober sebagai tarikh akhir kemas kini.

Maklumat yang diperlukan termasuk nama, nombor telefon, lesen memandu, lesen vokasional (PSV) dan nombor akaun bank pemandu.

Menurut APAD, kelayakan penerima akan disemak bersama data Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pembayaran bantuan sekali bayar itu dijadualkan bermula 22 Oktober bagi membantu pengusaha bas sekolah yang layak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker