
Tiga kanak-kanak warga Myanmar berusia 11 dan 12 tahun kekal ditahan sehingga 10 November selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menolak permohonan jaminan mereka.
Ketiga-tiganya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengugut wanita berusia 71 tahun menggunakan mop, batang besi, tiub lampu dan batu di luar sebuah rumah di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, pada 22 Oktober lalu.
Mahkamah menetapkan 10 November bagi penyerahan dokumen dan pelantikan jurubahasa Myanmar untuk membacakan semula pertuduhan.
Pendakwaan mencadangkan jaminan RM4,000 seorang, manakala pihak pembelaan memohon jaminan dengan mengambil kira usia dan keadaan keluarga mereka.




