Malaysia

Bantuan masyarakat India bukan hanya melalui MITRA – PM

Bantuan kerajaan kepada masyarakat India bukan hanya tertumpu kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), sebaliknya turut disalurkan menerusi pelbagai inisiatif lain termasuk kebajikan, pendidikan dan keusahawanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), pembiayaan perniagaan melalui TEKUN Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Kerajaan turut meningkatkan peruntukan MITRA daripada RM100 juta kepada RM150 juta, selain menyediakan tambahan RM150 juta bagi membantu usahawan masyarakat India.

Dalam sektor pendidikan, kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), termasuk membina semula SJKT Ladang Pamol di Kluang, Johor serta membangunkan enam sekolah Tamil baharu.

Kerajaan juga meluluskan tambahan RM80 juta bagi penyelenggaraan dan pembangunan rumah ibadat masyarakat India.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Bazar Mega Deepavali 2026 di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

Anwar turut mengakui bantuan sedia ada masih belum mencukupi dan kerajaan akan terus menambah peruntukan serta memperkenalkan inisiatif baharu secara berperingkat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker