Malaysia

Lebih ramai belia India digalak sertai perkhidmatan awam, contohi Jana Santhiran – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menggalakkan lebih ramai golongan muda masyarakat India menyertai perkhidmatan awam dengan menjadikan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, sebagai contoh kejayaan.

Jana Santhiran yang mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam kini memegang jawatan KSU serta berada pada gred tertinggi dalam skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Menurut Loke, perjalanan kerjaya Jana membuktikan masyarakat India juga mampu memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan menerusi kelayakan, pengalaman, integriti dan komitmen.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program mengeratkan hubungan bersama pengamal media sempena sambutan Deepavali anjuran Kementerian Pengangkutan, yang julung kali diadakan.

Loke turut menegaskan bahawa sumbangan masyarakat India tidak seharusnya terhad kepada bidang perniagaan, profesional dan sektor swasta, sebaliknya perlu diperluas kepada pentadbiran awam, diplomasi serta penggubalan dasar.f

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker