Malaysia

PDRM berdepan sedikit kesulitan dengan keputusan benar perhimpunan tanpa notis awal

Polis akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak lagi mewajibkan penganjur memaklumkan perhimpunan kepada mereka lebih awal, walaupun ia memberi cabaran kepada persediaan keselamatan menjelang perhimpunan #TurunAnwar pada 26 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebelum ini kewajipan pemberitahuan awal memudahkan polis mengatur anggota serta logistik.

Namun kini mereka terpaksa menyesuaikan kawalan dengan sumber sedia ada.

Beliau turut menegaskan walaupun kewajipan notis dimansuhkan, larangan lain seperti membawa senjata, kanak-kanak atau ucapan berbaur perkauman serta menghina institusi diraja tetap berkuat kuasa dan akan dikuatkuasakan.

Kerajaan katanya sentiasa menghormati hak berhimpun rakyat, namun berharap semua pihak bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan aman tanpa provokasi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan supaya proses pelantikan Ketua Hakim Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati, tanpa tohmahan tidak berasas kononnya wujud campur tangan eksekutif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker