Malaysia

Awesome TV saman Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu

Awesome TV mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga selebriti tempatan iaitu Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu susulan dakwaan berunsur fitnah berkaitan isu bayaran program televisyen yang disebarkan di media sosial.

Menurut syarikat itu, semua program yang ditayangkan di salurannya diterbitkan oleh syarikat produksi luar dan urusan bayaran artis bukan di bawah tanggungjawab mereka.

Fitnah tersebut didakwa menjejaskan reputasi stesen itu dan turut mencetuskan salah faham apabila isu itu dibangkitkan di Parlimen tanpa semakan fakta menyeluruh.

Sehubungan itu, Awesome TV mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman fitnah terhadap ketiga-tiga individu terlibat, termasuk Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Syarikat itu menegaskan komitmen mereka dalam menyediakan kandungan berkualiti sambil mempertahankan nama baik menerusi saluran undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker