Uncategorized

Lorong masuk Plaza Tol Bandar Baru Nilai ditutup mulai malam Sabtu 

Kerja penambahbaikan turapan jalan di Plaza Tol Bandar Baru Nilai di KM283.80 di Lebuhraya Utara-Selatan akan dilakukan bermula jam 10 malam Sabtu.

Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kerja penambahbaikan itu dijangka selesai jam 2 petang pada Ahad.

Sehubungan itu PLUS menerusi kenyataan berkata, satu lorong di laluan masuk Plaza Tol Bandar Baru Nilai akan ditutup sementara waktu.

Pengguna lebuh raya disaran supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker