Malaysia

Baru dua hari, rakyat Malaysia belanja RM110 juta dengan SARA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merekodkan transaksi berjumlah RM110 juta dalam tempoh dua hari sejak ia mula dilaksanakan pada 31 Ogos.

Seramai lebih 1.7 juta penerima dilaporkan berbelanja di seluruh negara, dengan lebih 900,000 daripadanya menyempurnakan perbelanjaan bernilai RM60 juta pada hari pertama.

Peningkatan kapasiti sistem MyKasih membolehkan lebih banyak transaksi diproses pada hari kedua, namun beberapa lokasi seperti pasar raya besar masih mengalami kesesakan ketika waktu puncak.

Petugas khas ditempatkan bagi membantu melancarkan urusan pembelian, manakala orang ramai dinasihatkan merancang perbelanjaan pada waktu bukan puncak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker