Dunia
580 ditahan dalam gelombang protes di Jawa Timur

Polis Indonesia menahan 580 individu susulan demonstrasi besar di enam daerah utama Jawa Timur sejak hujung minggu lalu.
Perhimpunan itu dikaitkan dengan gerakan nasional menuntut reformasi institusi keselamatan, menolak kenaikan elaun anggota DPR RI dan mendesak pembebasan komuniti pribumi.
Beberapa lokasi menyaksikan ketegangan antara peserta dan pasukan keselamatan, manakala pihak berkuasa memperketat kawalan di kawasan strategik bagi mengekang rusuhan daripada merebak.
Gelombang protes yang bermula di Jakarta pada 25 Ogos kini terus meluas ke wilayah lain.




