Malaysia

Lelaki cetus provokasi di Dataran Putrajaya disahkan positif dadah

Lelaki berusia 30 tahun yang ditahan selepas dipercayai mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu, didapati positif dadah jenis THC.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam, 2 September.

Menurutnya, polis menerima lima laporan berkaitan kejadian itu dan telah mengambil keterangan tujuh saksi bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sebelum ini, beberapa rakaman tular memaparkan lelaki berbaju coklat berkenaan didakwa melakukan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas. Suspek turut direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker