Malaysia

Enggan berhenti punca suspek dengan 31 rekod jenayah buat hal di KLIA

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau selepas dikejar di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, M Ravi berkata, suspek yang memandu Honda Civic enggan berhenti ketika cuba ditahan sebelum melarikan diri hingga melanggar lima kenderaan awam di laluan terminal Aras 3.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas berhampiran lokasi kejadian, dengan semakan mendapati dia turut mempunyai satu rekod kesalahan dadah dan masih dikehendaki polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 427 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta kesalahan trafik berkaitan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker