Dunia

PM baharu Perancis ‘disambut’ protes besar-besaran

Pelantikan Perdana Menteri baharu Perancis, Sébastien Lecornu, mencetuskan protes besar di seluruh negara susulan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan Emmanuel Macron dan rancangan pemotongan bajet.

Lecornu, 39, yang sebelum ini Menteri Pertahanan, menggantikan François Bayrou selepas digulingkan melalui undi tidak percaya.

Beliau kini perdana menteri kelima dalam tempoh dua tahun di bawah pentadbiran Macron.

Gerakan “Block Everything” menyaksikan ribuan penunjuk perasaan di Paris, Lyon, Marseille dan Nantes menyekat jalan, menutup sekolah serta mengganggu operasi lapangan terbang.

Hampir 200 orang ditahan, sementara perkhidmatan metro Paris dan kereta api berkelajuan tinggi kekal beroperasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker