Malaysia

Aidilfitri: Ramai tersadai di KLIA2, pesawat penuh didakwa jadi punca

Kegembiraan pulang beraya bertukar kecewa apabila ramai penumpang dilaporkan tersadai di KLIA2 selepas tidak dibenarkan menaiki pesawat walaupun sudah membeli tiket lebih awal.

Beberapa kes mendakwa penerbangan sudah penuh sebaik tiba di lapangan terbang, selain ada yang tidak dapat daftar masuk awal dan terpaksa menunggu lama di kaunter.

Situasi turut diburukkan dengan kelewatan penerbangan berulang kali, menyebabkan ramai terlepas jadual perjalanan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri.

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim turut mendakwa dirinya tidak dibenarkan mendaftar masuk bagi penerbangan domestik meskipun sudah tiba dua jam lebih awal.

Dia juga tidak dapat melakukan daftar masuk secara dalam talian kerana membawa bayi, sekali gus perlu mendaftar terus di kaunter.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker