Malaysia
Akaun @berjuanguntukzara di TikTok dikesan pihak polis
Polis sedang menyiasat sebuah akaun TikTok yang dikesan menyebarkan berita tidak benar berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Siasatan dilakukan terhadap akaun @berjuanguntukzara selepas ia memuat naik kandungan tidak sahih.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana memuat naik kandungan berunsur hasutan yang boleh menimbulkan kebencian terhadap pihak tertentu serta kegusaran awam.
Jelasnya, perkara berkenaan turut disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




