
Sebarang tindakan atau hukuman terhadap skuad Harimau Malaya dan kelab Liga Malaysia hanya akan diputuskan selepas semua proses undang-undang selesai, dengan tarikh akhir rayuan ditetapkan sehingga 31 Mac 2026.
AFC menegaskan keputusan penuh perlu diterima daripada FIFA sebelum sebarang langkah diambil, termasuk berkaitan pemain warisan yang digantung.
Ketika ini, FAM sedang meneruskan proses rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengenakan denda dan penggantungan tujuh pemain warisan Malaysia susulan isu dokumentasi serta pendaftaran pemain.
Proses rayuan itu dijangka melalui Jawatankuasa Rayuan FIFA dan seterusnya Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebelum AFC membuat keputusan muktamad.




