Arab Saudi bayar RM4.1 bilion untuk legenda maraton Kenya tukar kerakyatan

Arab Saudi dilaporkan menawarkan pakej kewangan luar biasa kepada legenda maraton Kenya, Eliud Kipchoge, termasuk bayaran pendahuluan sekitar RM4.1 bilion bagi memujuknya menukar kerakyatan dan beraksi di bawah bendera negara itu.
Tawaran tersebut dikatakan setanding dengan pakej mega yang biasanya diberikan kepada bintang global dalam sukan elit seperti F1 dan bola sepak.
Selain bayaran awal bernilai bilion ringgit, Kipchoge turut dikaitkan dengan bonus jangka panjang bernilai kira-kira RM2 bilion serta tawaran untuk menamakan sebuah stadium di Riyadh mengikut namanya.
Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada kem atlet itu atau pihak berkuasa sukan Arab Saudi, dan tiada dokumen sokongan didedahkan.
Jika tawaran itu sah, ia mencerminkan strategi agresif Arab Saudi yang semakin giat melabur dalam sukan bagi mengukuhkan pengaruh globalnya.




