Dunia
AS tangguh peraturan visa baharu untuk pelajar dan wartawan antarabangsa

Pelaksanaan peraturan visa baharu Amerika Syarikat untuk pelajar dan wartawan antarabangsa ditangguhkan selepas seorang hakim menghalangnya buat sementara waktu.
Hakim Mahkamah Daerah AS, F. Dennis Saylor, membuat keputusan itu pada Isnin, sehari sebelum peraturan tersebut dijadualkan berkuat kuasa.
Peraturan baharu itu mengehadkan visa pelajar kepada maksimum empat tahun, manakala wartawan antarabangsa hanya dibenarkan berada di AS selama 240 hari sebelum perlu memohon lanjutan.
Keputusan itu dibuat selepas kesatuan pekerja dan kumpulan pendidikan tinggi mencabar peraturan berkenaan. Buat masa ini, sistem visa sedia ada kekal digunakan sementara kes tersebut diteruskan.




