Malaysia

“Pengampunan Najib dipertimbang ikut undang-undang, bukan kebencian” – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan menangguhkan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Anwar berkata, beliau hanya memberikan pandangan dalam Lembaga Pengampunan berdasarkan nasihat Peguam Negara, manakala keputusan akhir adalah hak Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, isu pengampunan Najib perlu dipertimbangkan berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan, bukannya dipengaruhi prasangka atau kebencian.

Sultan Ibrahim bersetuju menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang, selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-63 pada 11 September lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker