Malaysia

413,372 calon duduki peperiksaan SPM bermula Isnin ini, sudahkah kalian bersedia?

Seramai 413,372 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang bermula Isnin ini (3 November) hingga 23 Disember di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), ujian Lisan Bahasa Melayu akan diadakan dari 3 hingga 6 November, diikuti Lisan Bahasa Inggeris dari 10 hingga 13 November.

Ujian Amali Sains pula dijadualkan antara 17 hingga 19 November, manakala ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berlangsung pada 20 November.

Peperiksaan bertulis akan dilaksanakan dari 25 November hingga 23 Disember, dengan seramai 127,526 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran urusan pengendalian dan pentadbiran SPM.

KPM mengingatkan calon supaya merujuk jadual waktu rasmi SPM 2025 bagi maklumat lengkap termasuk tarikh, masa, kod dan tajuk kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon turut diingatkan membawa dokumen pengenalan diri dan Slip Pendaftaran Peperiksaan, serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan proses peperiksaan berjalan lancar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker