Malaysia
Banjir: Jumlah mangsa di Perak, Kedah, Pulau Pinang semakin berkurangan

Situasi banjir di Perak, Kedah dan Pulau Pinang menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara menurun.
Jumlah itu menunjukkan penurunan kepada 3,268 orang setakat jam 6 pagi Isnin berbanding 3,523 orang petang Ahad.
Di Kedah, seramai 1,630 mangsa daripada 468 keluarga masih berlindung di 10 PPS di enam daerah.
Di Perak, jumlah mereka terjejas berkurang kepada 1,161 orang melibatkan 374 keluarga di 12 PPS di lima daerah.
Di Pulau Pinang pula, mangsa menurun kepada 417 orang di lima PPS.




