Malaysia
RTM mohon maaf sekali lagi salah sebut nama PM Singapura, Thailand

Jabatan Penyiaran Malaysia memohon maaf susulan kesilapan pengulas siaran RTM yang menyebut nama perdana menteri Singapura dan Thailand yang tidak lagi memegang jawatan ketika siaran langsung perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pagi Ahad.
Siasatan dalaman mendapati pengulas tersebut masih merujuk Lee Hsien Loong dan Srettha Thavisin, sedangkan jawatan perdana menteri kini disandang Lawrence Wong di Singapura dan Anutin Charnvirakul di Thailand.
RTM menegaskan kawalan editorial serta semakan fakta akan terus diperkukuh bagi memastikan ketepatan maklumat dalam siaran rasmi.
RTM sebelum ini mengeluarkan kenyataan sama susulan menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden Indonesia kini adalah Prabowo Subianto.




