Malaysia

Baru tingkatan 2 sudah pandai melawan, tumbuk guru di sekolah

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kajang pada Isnin.

Ketua Polis Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar tersebut selepas ditegur kerana tidak hadir ke kelas Pendidikan Jasmani.

Pergelutan berlaku sebelum pelajar itu menumbuk muka guru lelaki berusia 29 tahun. Kejadian disaksikan beberapa guru dan pelajar lain.

Susulan laporan polis dibuat oleh guru terbabit, pelajar berkenaan ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kes dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini.

Rakaman kejadian turut tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai sehingga ada yang mempersoalkan sikap pelajar sekolah hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker