Malaysia

Bayar RM110,840 tunai untuk Vios terpakai, pekebun berputih mata kena ‘scam’

Seorang pekebun berusia 55 tahun kerugian RM110,840 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian kereta terpakai secara dalam talian di Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berpunca selepas mangsa tertarik dengan iklan sebuah Toyota Vios 2024 berharga RM49,000 di Facebook.

Mangsa kemudian membuat 17 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza bagi bayaran deposit, pendaftaran dan kos lain.

Hakikatnya, jumlah bayaran yang diminta meningkat sehingga mencecah lebih RM100,000 tanpa kereta diterima.

Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis semalam. Yusof mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker