Malaysia

Bekas Menteri pernah berkhidmat sebelum era COVID-19 disiasat SPRM – Azam Baki

Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet sebelum era COVID-19 kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan sendiri perkara itu dengan memaklumkan bahawa satu kertas siasatan baharu telah dibuka dan beberapa individu penting akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Difahamkan, bekas pemimpin itu sebelum ini pernah berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.

Siasatan dijalankan susulan dakwaan penyelewengan ketika beliau memegang jawatan menteri, termasuk isu pemindahan sebidang tanah kerajaan bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker