Malaysia

Bekas PTD mengaku tidak bersalah dua pertuduhan terima rasuah

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM145,000, membabitkan kemasukan RM30,000 dan RM115,000 ke akaun banknya antara September 2024 hingga Mei 2025.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai wang terbabit, jika sabit kesalahan.

Semalam, Hafizuddeain turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hari ini, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes RM145,000 itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama empat pertuduhan lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker